7 Tips Pengurusan Kewangan Syarikat Dengan Lancar

pengurusan kewangan

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Jika anda ingin menubuhkan sebuah syarikat, perkara pertama yang anda perlu tahu adalah pengurusan kewangan. Ini sebabnya! 

Tahukah anda sejak 5 tahun yang lalu, hutang pinjaman peribadi, sewa beli perniagaan dan pinjaman perniagaan yang gagal dilunaskan menjadi punca utama yang mengakibatkan rakyat negara Malaysia jatuh bankrap.

Untuk memastikan syarikat itu dapat terus berjalan dengan lancar, orang kuat di dalam syarikat seperti boss, manager dan akauntan mesti celik mengenai pengurusan kewangan syarikat.  

Anda tidak sepatutnya sewenang-wenangnya membiarkan aliran kewangan syarikat dibiarkan begitu sahaja dan tiada rekod aliran keluar dan masuk.

Kami akan kongsikan beberapa tips mudah untuk anda mengurus kewangan syarikat dengan lancar!

2 Jenis Transaksi Pengurusan Kewangan

 

1. Berdasarkan Hubungan Kelembagaan

 

  • Transaksi Dalaman

Transaksi dalaman akan berlaku dalam kegiatan business sahaja. 

Sebagai contoh, kos yang berlaku bagi barang setengah jadi hingga ke barang jadi. Ia diambil kira bagi membantu pengiraan keuntungan syarikat. 

  • Transaksi Luaran

Ini adalah transaksi yang mana para usahawan akan bertukar nilai dengan pihak yang lain.

Sebagai contoh, pembayaran barangan mentah dari supplier, membayar sewa kepada pemilik, dan membeli aset dan kelengkapan.

2. Berdasarkan Pertukaran Mata Wang

 

  • Transaksi Tunai

Transaksi ini berlaku di mana wang diterima secara langsung antara pembeli dan penjual. 

Anda akan menggunakan wang kertas dan duit syiling mengikut currency yang dipersetujui. 

Di Malaysia, kita akan menggunakan Ringgit Malaysia (RM).

  • Transaksi Bukan Tunai

Seperti contoh, penggunaan kad kredit, kad debit, e-dompet seperti Touch N Go eWallet, Boost,dan GrabPay dan perkhidmatan pembayaran mudah alih seperti DuitNow QR.

  • Transaksi Kredit

Transaksi kredit ialah wang tunai (bagi pembelian barang atau servis) akan diterima atau dibayar pada tempoh akan datang. 

Hal ini kerana barangan yang besar jumlahnya seperti barang elektronik perlukan ansuran bagi tempoh pembayarannya.

7 Tips Pengurusan Kewangan Syarikat

 

  1. Buka Akaun Bank Untuk Syarikat
akaun bank

Perkara pertama yang penting untuk semua businessman ketahui, asingkan duit peribadi dan duit syarikat. 

Buka akaun bank yang bersesuaian dan daftarkan atas nama syarikat anda.

Hal ini kerana akan berlaku banyak transaksi pada setiap hari. Jika anda menggunakan akaun peribadi, ada kemungkinan untuk disekat atau ditamatkan kerana terlalu banyak transaksi. 

  1. Simpan Rekod Wang Masuk Dan Keluar

Jangan lupa untuk menyimpan resit perbelanjaan dan rekod dalam 1 fail khas. 

Jika anda culas merekod kewangan, syarikat akan tidak sedar berapa nilai sebenarnya; daripada segi untung mahupun rugi. 

Perkara ini amat penting kerana pihak akauntan di syarikat anda perlu tahu jumlah sebenar transaksi kewangan yang terjadi pada sesuatu hari. 

  1. Fahami Cukai Perniagaan
cukai perniagaan

Seorang peniaga tidak terkecuali dari dikenakan bayaran cukai perniagaan.

Pendapatan perniagaan akan dikira berdasarkan tahun semasa. Ia diperoleh berdasarkan setiap individu dalam sesebuah syarikat, koperasi dan badan amanah ditaksirkan berdasarkan tahun calendar.

  1. Lantik Akauntan

Akauntan merupakan seorang yang penting dalam syarikat selain daripada Human Resource (HR).

Dengan adanya akauntan, rekod aktiviti urus niaga harian dapat disediakan dalam bentuk penyata kewangan dan menyediakan dokumen berkenaan aktiviti transaksi kewangan syarikat.

‌      5. Ketahui Kos-Kos Perniagaan

Kos terlibat seperti kos belian, kos jualan, dan lain-lain kos, mestilah diketahui dan telah diletakkan bajet bersesuaian. 

Penting untuk rekod tarikh, item, kuantiti, harga, nama penjual/supplier dan simpan resit transaksi yang dibuat. 

Kos belian adalah kos yang gunakan untuk membeli barang-barang yang kita akan dijual ataupon stok

Kos jualan adalah kos untuk mengeluarkan barang yang akan dijual di kedai. 

Kos-kos lain ialah kos yang ditanggung selain daripada kos membeli bahan yang berkaitan dengan perniagaan. Sebagai contoh, pengangkutan, postage, bil elektrik/air/telefon, sewa pejabat dan gaji pekerja. 

      6. Sediakan Petty Cash

Petty cash ataupun tunai yang disiapkan untuk membuat pembayaran kepada perkara-perkara emergency seperti repair dan maintenance kedai atau kilang. 

Sediakan jumlah yang mencukupi untuk membantu anda andai sesuatu perkara buruk terjadi seperti kerosakan dan kehilangan barang.

       7. Mulakan Tabiat Kewangan Yang Baik

pengurusan kewangan

Tabiat dan displin yang baik mengenai kewangan akan memberi faedah kepada perkembangan business anda. 

Sebagai contoh, anda boleh sediakan beberapa peraturan seperti tetapan tarikh hantar, dan dapatkan persetujuan partner business apabila hendak membeli atau melabur sesuatu, 

Sebab Anda Perlukan Pengurusan Kewangan

 

  1. Memudahan Kerja Aliran Kewangan Syarikat

Aliran kewangan haruslah jelas dan telus supaya anda dapat mengetahui lebih jelas mengenai wang sebenar yang keluar dan masuk. 

Isu kewangan tidak boleh dipandang enteng oleh pihak atasan dan setiap anak syarikat. Hal ini kerana perkara ini boleh diseleweng oleh pekerja sendiri mahupun rakan setugas.

Apabila anda mengetahui perkara-perkara ini, anda dapat mengawal perbelanjaan yang bakal dilakukan. Punca-punca kerugian atau keuntungan yang syarikat alami juga dapat diselidiki dengan lebih terperinci.

  1. Meningkatkan Keuntungan Perniagaan
pengurusan kewangan

Anda sudah jelas dengan aliran kewangan syarikat anda? Pelan tindakan syarikat dapat dirangka dan dilaksana mengikut kepentingan syarikat.

Melalui itu, anda dapat mengetahui langkah-langkah terbaik yang boleh dilakukan untuk tingkatkan keuntungan syarikat anda.

Salah satu persoalan yang selalu diambil kira oleh businessman adalah, perlu tingkatkan pengeluaran atau kos pemprosesan, menambah aset atau tidak dan sebagainya. 

Kesimpulannya, pengurusan kewangan syarikat dapat dilakukan dengan adanya ilmu asas kewangan. 

Top level management yang harus sedar dan ambil inisiatif untuk membentuk perniagaan anda.

Jangan risau, tidak terlambat buat anda untuk belajar menguruskan kewangan.

Bix Wealth menawarkan kelas asas kewangan khusus untuk para usahawan tidak kira kecil atau sederhana! 

Anda diwajibkan untuk sertai kelas dapat belajar untuk pricing strategy dan mengajar anda markup harga produk bagi memberikan keuntungan yang berganda!

Anda akan diberikan:

  • Nota asas kewangan
  • Bimbingan group WhatsApp
  • Dapat system rekod tunai (Excel) 

Jadi, jangan lupa daftar kelas bersama Bix Wealth sekarang juga!

More To Explore

Scroll to Top