Bix Young CEO
Incubator Programme

Bix Young CEO Incubator Programme adalah sebuah program berdurasi 3 bulan dengan elaun sebanyak RM 1000 /sebulan. Fokus utama program adalah untuk bantu inkubasi usahawan digital yang berimpak tinggi menerusi ‘real world business practice’ khususnya pemasaran digital.

Siapa yang layak untuk sertai ?

Peluang dibuka kepada 

1. Lelai berumur 19-33 tahun

2. Mempunyai sekurang satu laptop dan satu telefon pintar

3. Kelulusan minimum diploma. Bonus sekiranya ada pengalaman berniaga.

Jom belajar digital marketing dan terokai salah satu cabang pendapatan yang tinggi melebihi RM 35,000 sebulan.

Pengambilan KOHORT KE-3 FEBRUARI 2022

Bix Wealth melalui Programme Bix Incubator membuka 15 kekosongan untuk lelaki/perempuan warganegara Malaysia sekitar K. Terengganu, Kuantan, Kota Bharu dan Setiu. Sila baca dengan teliti perincian program ini dibawah 


Apa itu Bix Young CEO Programme

Bix Young CEO Programme (BYCP) berfokuskan kepada inkubasi anak muda yang cenderung minat ke arah pembinaan bisnes melalui platform pemasaran digital seterusnya menjadi pelapis sesuatu jawatan dalam syarikat.


Apa itu Kerjaya sebagai Usahawan Digital

Usahawan Digital adalah usahawan yang berniaga dalam talian di platform social media untuk menjana keuntungan.

Kerjaya Usahawan Digital mungkin masih asing di Malaysia, tidak seperti kerjaya peguam, doktor, engineer dsb., namun hanya segelintir sahaja yang tahu kerjaya digital marketer sedang berkembang pesat di Malaysia dengan purata pendapatan sebulan melebihi RM 6,000. (data dari syarikat Bix Wealth Sdn. Bhd)

Apa Kelebihan Menyertai Program BYCP ?

Program kelolaan Bixwealth Sdn. Bhd. ini merangkumi 3 bulan Percubaan dengan elaun RM 1000 sebulan.

Setiap penyertaan akan diberikan tunjuk ajar menjalani bisnes berasaskan ‘profit sharing’ tanpa sebarang modal. 

Ini bermakna, anda boleh belajar bidang pemasaran digital secara percuma bersama elaun bulanan.

Program ini berlandaskan Bix Business Path yang telah diformulasi untuk beri lebih banyak peluang kepada usahawan muda menjadi CEO untuk syarikat sendiri.

Siapakah Syarikat Bixwealth Sdn. Bhd.

Misi asal BIX adalah untuk memberi konsultansi dan bimbingan kepada pelanggan mengenai pemasaran Digital termasuk pembangunan laman web, conversion platform, direct response marketing, dan juga penyediaan pelan pemasaran untuk IKS. Walau bagaimanapun, disebabkan permintaan yang tinggi dari pelanggan kami, kami telah memperluaskan skop perundingan kami kepada aspek kritikal yang lain dalam perniagaan terutamanya dalam strategi, pengurusan dan jualan.

Perkembangan skop perundingan BIX telah membuahkan hasil pertumbuhan yang ketara dalam perniagaan pelanggan kami. Jadi, kami menawarkan penyelesaian perniagaan menyeluruh dengan membangunkan produk seperti BIX Power Guide, BIX Tribe, BIX Academy dan BIX Inkubator.

Misi

Pakar konsultansi BIXwealth bertekad untuk mengembangkan prestasi perniagaan anda setaraf dengan pesaing. Kami akan berkongsi ilmu perniagaan dan pengurusan kepada anda supaya anda meminimakan kesalahan lain.

Visi

BIXwealth bermatlamat untuk memberi ruang kepada peniaga-peniaga kecil dan juga sederhana untuk kembangkanbisnes dalam dunia digital.

Program Bixwealth

Sebahagian program yang dijalankan oleh kami.

Jom Sertai Kami

We are hiring! Kami mempelawa calon yang berkelayakan bagi mengisi jawatan di Bixwealth

Tekan Butang di bawah untuk info lanjut

Scroll to Top