Rancangan Perniagaan Yang Boleh Kembangkan Bisnes Anda

rancangan perniagaan

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Bagi mereka yang memiliki syarikat atau ingin memulakan bisnes sendiri, satu perkara yang sangat penting untuk diambil berat adalah rancangan perniagaan.

Walaubagaimanapun, masih ramai yang tidak merancang dengan teliti dan hanya buat demikian secara last-minute yang sudah pasti tidak bagus.

Di dalam artikel ini,kami akan menerangkan kepada anda tentang apa itu rancangan perniagaan dan kepentingannya untuk mengembangkan bisnes anda.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang bermanfaat.

Apa Maksud Rancangan Perniagaan?

rancangan perniagaan

Di sini, kami akan menerangkan kepada anda supaya mereka yang kurang faham tentang perkara ini dapat membiasakan diri.

Rancangan perniagaan ini adalah dokumen yang mempunyai segala perkara dan info tentang syarikat atau bisnes anda.

Ini termasuk jualan dan keuntungan,pelan awal, modal dikeluarkan, pemasaran dan sebagainya. Ini sangat penting supaya anda dapat kumpulkan informasi yang penting.

Selain dari kepentingan untuk diri anda dan pekerja, ia juga sangat penting untuk kembangkan bisnes kerana membantu anda mendapat pinjaman bank dan juga pelabur luar.

Kami akan menceritakan perkara ini di bahagian lain artikel ini.

Info Penting Yang Perlu Ada Dalam Rancangan Perniagaan

rancangan perniagaan

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dalam rancangan perniagaan. Kami akan mencadangkan kepada anda 6 perkara yang penting.

1. Nama Perniagaan dan Lokasi

Ini adalah perkara yang penting kerana ia merupakan identiti syarikat anda. Dalam rancangan perniagaan, dua perkara ini perlu diletakkan dengan jelas.

Anda juga disarankan menceritakan tentang latar belakang bisnes anda dan tarikh yang anda mula beroperasi.

Jika anda tidak mempunyai perkara ini, ia boleh memberi impak yang buruk terhadap imej bisnes anda.

2. Jenis Perniagaan Atau Bisnes Anda

Anda juga perlu menjelaskan jenis perniagaan yang anda buat. Ini supaya orang luar seperti pelabur dapat tahu jika bisnes anda sesuai dengan mereka.

Ini juga dapat membantu anda untuk mencari rakan kongsi atau pelabur dengan lebih cepat kerana sudah menyatakan jenis bisnes yang anda buat.

3. Visi, Misi dan Objektif

Visi,misi dan objektif merupakan 3 perkara yang sangat penting untuk setiap bisnes. Ini kerana ia merupakan asas cara operasi syarikat anda pada setiap hari.

Pekerja anda juga akan membuat kerja berdasarkan 3 perkara ini. Oleh itu, pastikan ia ada dalam rancangan perniagaan anda.

4. Carta Organisasi

Ini juga penting kerana ia memberi peluang untuk orang luar serta pekerja baru untuk lihat siapa yang ketua dan pemilik syarikat tersebut.

Ini juga memudahkan sesiapa untuk menghubungi terus orang yang mereka cari kerana sudah mempunyai info tentang hieraki bisnes anda.

5. Prestasi Perniagaan

Anda juga dinasihatkan untuk meletakkan prestasi syarikat anda dari satu tahun ke tahun atau bulan ke bulan supaya orang luar dapat lihat perkara ini.

Ini adalah penting untuk menarik perhatian rakan kongsi atau pelabur untuk mengembangkan bisnes anda.

6. Tujuan

Tujuan rancangan perniagaan anda juga perlu dijelaskan. Ini untuk memberitahu kepada orang tentang mengapa anda buat sedemikian.

Jika anda mencari rakan kongsi atau pelabur, anda boleh menjelaskan perkara itu. 

Jika anda buat rancangan perniagaan sebagai garis panduan pekerja anda, boleh meletakkan perkara ini supaya mereka dapat tahu dengan jelas.

Apa Tujuan Rancangan Perniagaan

 

rancangan perniagaan

Bagi mereka yang baru sahaja mulakan bisnes atau masih baru, mereka mungkin mempersoalkan tentang keperluan rancangan perniagaan.

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda mengapa ia adalah perkara yang perlu dibuat oleh semua syarikat atau bisnes.

1. Menarik Pelaburan

Jika anda adalah bisnes secara kecil, rancangan perniagaan dapat membantu anda untuk menarik pelaburan luar dan seterusnya mengembangkan bisnes anda.

Anda juga boleh mencari rakan kongsi supaya dapat partner bisnes yang dapat membantu anda untuk memastikan bisnes anda dapat berjaya dengan baik.

2. Garis Panduan Syarikat

Rancangan perniagaan juga penting kerana ia dapat mengekalkan fokus perniagaan anda. Ini untuk memastikan semua pekerja mempunyai hala tuju sama.

Ini kerana dalam rancangan perniagaan, terdapat semua info penting tentang syarikat anda. Dengan ini, semua dapat faham dengan baik tentang apa yang diperlukan oleh mereka.

3. Untuk Kebaikan Masa Depan

Selain dari manfaat untuk masa sekarang, rancangan perniagaan juga membantu anda untuk memastikan syarikat anda dapat berjaya dan masih stabil pada masa akan datang.

Ini kerana anda boleh melihat keperluan syarikat melalui prestasi perniagaan yang dijelaskan dengan teliti di dalam rancangan perniagaan anda.

Dengan ini, anda dapat membuat keputusan tentang langkah yang perlu diambil untuk memastikan perkara sama sentiasa berlaku.

Kesimpulannya, rancangan perniagaan adalah satu perkara yang sangat penting.

Jika anda mencari orang untuk membantu anda mengembangkan bisnes, anda boleh menghubungi Bix Wealth untuk membantu anda!

Bix Wealth merupakan sebuah syarikat yang amat komited dalam membantu pemilik bisnes di luar sana untuk membina strategi dan skil pengurusan yang terbukti efektif.

Ini termasuk organisasi mahupun syarikat tidak kira kecil mahupun besar.

Sebab anda perlu memilih kami:

  • Pengalaman Lebih 18 Tahun

Konsultan Bix berpengaruh dan mempunyai pengalaman lebih dari 18 tahun dalam bidang pengurusan bisnes, sumber manusia, kewangan, operasi dan pemasaran

  • Pendekatan Berbentuk Hands-On

Pendekatan yang kami gunakan adalah berbentuk ‘hands on coaching’ yang fleksibel dan dinamik

  • Akses Konsultan yang Fleksibel

Konsultan Bix Wealth juga bersifat fleksibel dan membolehkan pelanggan akses kepada konsultan pada bila bila masa

  • Jadual Coaching Dinamik

Pendekatan kami yang hands on membolehkan pelanggan untuk memilih topik coaching berdasarkan masalah yang kritikal dan perlukan solusi segera

Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila melayari laman web kami di sini.

More To Explore

Scroll to Top