Perniagaan Dalam Talian Lebih Berbaloi Pada Masa Sekarang

perniagaan dalam talian

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Kemajuan teknologi telah memberi impak kepada ekonomi kini. Kemudahan internet bukan sahaja memudahkan manusia untuk berkomunikasi tetapi membantu peniaga untuk mengembangkan lagi bisnes. 

Nak tahu apa itu perniagaan dalam talian?

Jom baca artikel sampai habis!

Info Ringkas Perniagaan Dalam Talian

perniagaan dalam talian

Perniagaan internet adalah perniagaan yang dilakukan secara talian atau online. Online business ini menggunakan internet sebagai medium perantaraan di antara peniaga dan pembeli. 

Berniaga secara online masih memerlukan tapak berniaga seperti menggunakan platform Instagram, Facebook, Shopee, Lazada, Twitter dan trend terbaru adalah di platform TikTok. 

Bagi peniaga yang mempunyai produk sendiri atau agent, memerlukan modal dan barang perniagaan. Tetapi bagi peniaga seperti dropship, tidak perlu mengeluarkan kos serta produk untuk  mempromosikan barang yang diniagakan itu.

Terlalu banyak kelebihan perniagaan atas talian ini kerana bisnes boleh beroperasi sehingga 24 jam sehari dalam sepanjang tahun. 

Online business ini juga sangat meluas dan tidak mempunyai sempadan dan batas sehingga pembeli boleh dapatkan barang yang mereka inginkan walaupun berlainan negara. 

Selain itu, kaedah jualan, promosi dan pemasaran di internet juga adalah berbeza berbanding berniaga secara offline. 

Perniagaan di internet memerlukan kemahiran untuk mempromosikan barangan di internet seperti membuat poster atau video, dan kemahiran copywriting.  

Setiap platform seperti facebook ads juga boleh dijadikan sebagai strategi pemasaran untuk meningkatkan lagi jualan bisnes.

Segala–galanya boleh dijual di internet tidak kira produk atau servis. Pasaran di internet sangat luas tanpa mengira sempadan geografi dan boleh beroperasi selama 24 jam sehari. 

Dalam dunia perniagaan internet boleh dilakukan transaksi jual beli yang bernilai berbilion ringgit tanpa perlu pembeli dan penjual berhadapan secara fizikal. 

Cara Daftar Perniagaan Dalam Talian

Di Malaysia, sangat digalakkan bagi setiap peniaga untuk mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau lebih dikenali sebagai SSM. 

Walaupun anda menguruskan bisnes online secara kecil-kecilan, tetapi lebih bagus sekiranya peniaga mempunyai SSM kerana lebih diyakini oleh pembeli.

  1. Nama & Jenis Perniagaan

Sebelum mengisi borang, peniaga harus tahu dulu apa jenis perniagaan yang ingin didaftarkan seperti milikan tunggal atau perkongsian. 

Sekiranya bisnes secara kecil-kecilan, bisnes online atau freelance akan daftar dengan milikan tunggal dan boleh menggunakan nama sendiri sahaja.

Jika peniaga mahukan kelainan, sangat penting untuk menyediakan sekurang-kurangnya 3 pilihan bagi mengelak nama sama yang digunakan oleh peniaga lain.

  1. Layari Laman Web Ezbiz

Bagi yang ingin mendaftar secara online perlu layari laman web ezbiz.ssm.com.my. 

Peniaga yang baru mendaftar pertama kali perlu klik butang ‘SIGN UP’ dan isi informasi seperti nama dan nombor kad pengenalan serta buat account untuk memasuki portal SSM. 

Selain itu, peniaga juga boleh daftar secara manual dengan terus ke kaunter SSM terdekat dan dapatkan pengesahan nombor kad pengenalan.

  1. Isi Maklumat

Biasanya di pejabat SSM akan menyediakan beberapa komputer untuk isi maklumat yang berkaitan dalam Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A). 

Peniaga boleh dapatkan pertolongan dari pegawai berhampiran semasa mengisi borang ini.

Maklumat yang harus diisi adalah:

a) Nama perniagaan

b) Tarikh permulaan perniagaan

c) Alamat utama perniagaan

d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)

e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi

f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan

g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

  1. Buat Bayaran

Seterusnya peniaga perlu buat bayaran mengikut jenis nama perniagaan yang digunakan dan caj bayaran seperti berikut:

  • Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
  • Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00
  • Maklumat Perniagaan – RM10.00

Ini contoh bayaran jika membuat menggunakan nama sendiri. Jadi, total kena bayar RM40.00.

  1. Tunggu Approval

Akhir sekali, peniaga harus tunggu approval atau pengesahan daripada pihak SSM. 

Jika peniaga menggunakan nama sendiri hanya mengambil masa yang sekejap sahaja kerana pegawai SSM akan terus printkan sijil tu dan serahkan pada peniaga. 

Tetapi sekiranya peniaga menggunakan nama lain, mungkin akan ambil masa untuk pegawai SSM memeriksa sekiranya nama yang dipilih bersesuaian atau ada sama dengan peniaga lain.

Perakuan Pendaftaran Perniagaan akan diperoleh dalam masa 1 jam dari waktu pembayaran dibuat. 

Bagi peniaga yang mengisi sendiri maklumat secara online dekat rumah akan di hantar email untuk memaklumkan bahawa permohonan berjaya atau ada maklumat yang harus dilengkapkan. 

Apabila permohonan berjaya, peniaga boleh download sijil dan maklumat perniagaan dan cetak. 

6 Kelebihan Perniagaan Dalam Online

 

perniagaan dalam talian

Perniagaan atas talian memberi impak besar kepada peniaga dan pembeli. 

Tidak kira perniagaan bersaiz kecil atau besar, bisnes secara online membantu peniaga dari segi peningkatan dalam penjenamaan dan keuntungan.

Walaupun bisnes online berhadapan dengan risiko seperti penipuan, kerosakan barang ketika penghantaran dan lain-lain. 

Tetapi perniagaan atas talian sebenarnya memberi banyak kebaikan kepada pengguna.

1. Lebih banyak pilihan

Pembelian secara atas talian memberikan pengguna lebih banyak pilihan terhadap sesuatu barang. 

Pengguna boleh memilih dan membandingkan dari pelbagai jenama dan platform jualan yang berlainan. 

Pengguna juga dapat memilih peniaga dari berjuta penjual yang tersedia dengan memeriksa dari segi feedback dari pembeli lain.

2. Keselesaan

Keselesaan adalah antara salah satu kelebihan terbaik bagi perniagaan atas talian. 

Pengguna dapat melakukan pembelian hanya menggunakan smartphone sahaja. 

Pembeli sekarang tidak perlu lagi bersusah payah untuk bersiap dan memerlukan kenderaan untuk keluar ke kedai.

3. Harga lebih murah

Pengguna dapat membandingkan harga barangan yang sama dari beribu penjual melalui platform atas talian.

Pembeli dapat menjimatkan kewangan serta mengelakkan anda dari penipuan harga yang sering berlaku di kedai kerana kebanyakan peniaga mark-up harga sehingga tidak masuk akal.

4. Tiada orang ramai

Pengguna sekarang tidak perlu beratur panjang di kaunter hanya untuk melakukan transaksi pembayaran. 

Terutama semasa hari perayaan, kebanyakan kedai akan dipenuhi dengan orang ramai kerana promosi diskaun secara besar-besaran. 

5. Lebih mudah untuk hantar hadiah

Dengan melakukan pembelian secara atas online, pengguna lebih mudah untuk melakukan penghantaran hadiah kepada kenalan rapat atau keluarga tersayang. 

Pengguna boleh meminta penjual untuk hantar barangan tersebut kepada seseorang dan sesetengah peniaga mempunyai servis menulis wish card atau mempunyai packaging khas untuk dihadiahkan. 

Anda juga dapat menjimatkan duit daripada menghantar hadiah dengan sendiri terutamanya bagi di luar negeri.

6. Jaminan Pembelian

Pembelian yang dilakukan di laman jualan seperti Shopee atau laman web membeli belah boleh dipercayai kerana dilindungi dengan jaminan. 

Pembeli sekarang tidak perlu risau jika barangan yang dibeli rosak atau saiz tidak sama kerana pembeli boleh menukarkannya. 

Pengguna hanya perlu memastikan barangan yang telah dibeli harus disertakan dengan jaminan pembelian.

Kesimpulannya, perniagaan secara atas talian memberi keuntungan kepada peniaga dan pembeli. 

Di zaman teknologi berkembang memberi impak kepada bisnes untuk memajukan perniagaan bukan sahaja hanya di dalam negara tetapi boleh dipasarkan sehingga luar negara. 

perniagaan dalam talian

Jika anda sebagai peniaga berminat mengembangkan bisnes, Bixwealth menawarkan perkhidmatan konsultasi terutamanya usahawan yang mempunyai perniagaan tradisional untuk bergerak ke arah digital. 

Bixwealth membantu syarikat dari segi digital marketing, kewangan, pengurusan sumber manusia dan strategic planning

Kepada yang sedang mencari alternatif untuk mengembangkan bisnes anda, Bixwealth sedia membantu. Klik link di bawah untuk mengetahui informasi lebih lanjut.

More To Explore

Scroll to Top