Pengurusan perniagaan merupakan satu perkara yang sangat kompleks dan memerlukan perhatian dan kemahiran tinggi kerana melibatkan duit yang banyak.
Anda tidak boleh lepas tangan dalam hal ini kerana boleh menyebabkan pelbagai masalah berlaku. Satu cara untuk menangani masalah ini adalah dengan buat bisnes bersama keluarga.
Adakan perniagaan bersama keluarga diyakini bermanfaat kerana mereka adalah orang yang boleh dipercayai dan sudah kenal sejak kecil lagi.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda perkara-perkara penting tentang pengurusan perniagaan dan juga kepentingan berniaga bersama keluarga.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang bermanfaat.
4 Perkara Pengurusan Perniagaan Penting

Sebelum anda memulakan bisnes sendiri, terdapat beberapa perkara yang penting mengenai pengurusan perniagaan yang anda perlu ambil tahu.
Ini untuk memastikan operasi bisnes anda berjalan dengan lancar supaya tiada masalah timbul. Antara perkara yang anda perlu tahu adalah seperti berikut:
1. Mengambil Tahu Tentang Undang-Undang
Bagi mereka yang buat bisnes, anda perlu belajar tentang asas dan info perniagaan kerana setiap perkara ada syarat dan undang-undangnya.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui seperti lesen, cara daftar dan sebagainya. Jika anda tidak buat perkara ini, anda mungkin kena kompaun.
Di dalam sektor seperti industri makanan terdapat langkah yang perlu dibuat seperti suntikan typhoid yang wajib 3 tahun sekali.
2. Cara Urus Operasi Seharian
Untuk memastikan pengurusan perniagaan berjaya, anda juga perlu tahu tentang cara mengurus operasi seharian seperti pengiklanan, perkeranian dan penjualan.
Ini kerana, semua ini penting bagi menarik pelanggan baru. Anda juga perlu memastikan cara pembuatan produk atau servis anda adalah beretika dan bertanggungjawab.
Ada segelintir peniaga yang tidak fikir tentang pelanggan dan hanya inginkan keuntungan. Ini adalah mindset yang salah dan boleh menyebabkan banyak masalah berlaku.
Oleh itu, anda boleh belajar tentang cara urus operasi seharian untuk memastikan pelancaran pengurusan perniagaan anda.
3. Pengurusan Staf
Ini merupakan langkah yang sangat penting. Jika anda mempunyai bisnes seperti kedai makan, pengambilan staf yang bagus sangat penting.
Ini kerana, mereka akan mewakilkan anda dan apa-apa yang mereka buat akan cerminkan bisnes anda. Oleh itu, anda perlu pandai menguruskan staf supaya pengurusan perniagaan baik.
Anda juga boleh melakukan temuduga untuk tapis pekerja supaya dapat pilih yang terbaik dan sesuai untuk perniagaan anda.
4. Cara Urus Kewangan
Cara mengurus kewangan syarikat atau bisnes juga merupakan satu perkara yang perlu diketahui untuk mengurus perniagaan kerana tidak sama seperti kehidupan seharian kita.
Ia akan melibatkan perkara seperti duit untuk lesen, cukai dan juga gaji staf anda. Anda boleh berjumpa dengan pakar untuk membantu anda belajar tentang perkara-perkara bisnes.
Pengurusan kewangan syarikat sangat penting supaya bisnes anda stabil dan membawa keuntungan.
5 Kepentingan Pengurusan Perniagaan Keluarga

Jika anda mencari rakan bisnes untuk pengurusan perniagaan, satu pilihan baik adalah membuat bisnes dengan ahli keluarga. Berikut adalah beberapa sebab:
1. Mengeratkan Hubungan
Perniagaan akan memerlukan semua staf untuk kerjasama supaya pengurusan perniagaan dan operasi seharian adalah lancar.
Dengan bisnes bersama keluarga, sudah pasti ahli keluarga akan lebih erat kerana menguruskan bisnes bersama mereka. Gunakan kepakaran masing-masing dalam mentadbir hal perniagaan!
2. Peluang Kepada Anak-Anak
Membuat bisnes bersama ahli keluarga juga akan memberi peluang kepada anak-anak atau ahli keluarga untuk mengambil alih bisnes anda pada suatu hari nanti.
Dengan ini, anda boleh memastikan keluarga anda meneruskan legasi dan kualiti bisnes terjamin kerana sudah tahu impian dan target syarikat berdasarkan apa yang sudah dilakukan bersama.
3. Duit Untuk Keluarga
Duit hasil bisnes bersama ahli keluarga juga boleh digunakan untuk kegunaan bersama-sama seperti bantuan kepada ahli keluarga yang lebih memerlukan.
Anda boleh memastikan duit dijaga oleh orang yang dipercayai. Anda tidak perlu risau dan hnaya memerhati mereka secara dekat untuk memastikan duit itu digunakan untuk tujuan betul.
4. Membantu Masyarakat
Bisnes sesama keluarga juga boleh mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada ahli masyarakat.
Sebagai contoh, jika anda membuka restoran, sudah pasti anda memerlukan pelayan untuk membantu pengurusan perniagaan anda.
Oleh itu, anda boleh mengambil anak-anak muda di kawasan setempat untuk membantu mereka mencari pekerjaan.
5. Tiada Unsur Penipuan
Mereka yang buat bisnes bersama keluarga juga sudah pasti tidak melakukan unsur jahat atau penipuan seperti jual bisnes tanpa pengetahuan orang lain.
Ini kerana kepercayaan adalah satu perkara yang sangat penting dalam pengurusan perniagaan dan sifat ini ada di antara semua ahli keluarga.
Dengan adanya bisnes bersama ahli keluarga, tiada risiko untuk menipu berbanding jika buat bisnes bersama orang luar.
Kesimpulannya, pengurusan perniagaan adalah perkara yang penting dan perlu diberi perhatian yang tinggi.
Jika anda mencari orang untuk membantu anda mengembangkan bisnes, anda boleh menghubungi Bix Wealth untuk membantu anda!
Bix Wealth merupakan sebuah syarikat yang amat komited dalam membantu pemilik bisnes di luar sana untuk membina strategi dan skil pengurusan yang terbukti efektif.
Ini termasuk organisasi mahupun syarikat tidak kira kecil mahupun besar.
Sebab anda perlu memilih kami:
- Pengalaman Lebih 18 Tahun
Konsultan Bix berpengaruh dan mempunyai pengalaman lebih dari 18 tahun dalam bidang pengurusan bisnes, sumber manusia, kewangan, operasi dan pemasaran
- Pendekatan Berbentuk Hands On
Pendekatan yang kami gunakan adalah berbentuk ‘hands on coaching’ yang fleksibel dan dinamik
- Akses Konsultan yang Fleksibel
Konsultan Bix Wealth juga bersifat fleksibel dan membolehkan pelanggan akses kepada konsultan pada bila bila masa
- Jadual Coaching Dinamik
Pendekatan kami yang hands on membolehkan pelanggan untuk memilih topik coaching berdasarkan masalah yang kritikal dan perlukan solusi segera
Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila melayari laman web kami di sini.