Klien

Jurukur Mahabob & C0 Sdn Bhd

JURUKUR MAHABOB & CO SDN. BHD. merupakan salah satu Syarikat Juruukur Tanah yang mempunyai lesen dan

telah didaftarkan di bawah Akta Juruukur Tanah 1958. Kami adalah salah seorang Juruukur Tanah Berlesen &

Perunding Kemajuan Tanah yang dimiliki oleh Bumiputera.

Dengan lebih 40 tahun pengalaman digabungkan bersama dalam bidang ini, JURUKUR MAHABOB &

  1. SDN. BHD. (dahulunya dikenali sebagai Mahabob & Co) dimiliki oleh dua (2) Juruukur Tanah berlesen dan beroperasi di dua (2) pejabat di Semenanjung Malaysia. Ibu pejabat kami terletak di Pahang dan yang kedua terletak di Kuala Lumpur.

Ticer Sue ( DS Donut & Cafe)

Jenama Ticer Sue tidak asing dalam kelompok ibu yang bekeluarga di Malaysia dengan lebih 29,000 ahli yang mengambil kelas masakan dan produk dibawah jenama ini menjadikan matlamat syarikat ini menaik taraf ekonomi keluarga tercapai secara tidak langsung.

Mula berkecimpung di dalam industri makanan sejak 15 tahun di bangku sekolah lagi, syarikat beliau memfokuskan kepada pembelajaran penyediaan produk makanan. Lebih 20 jenis kelas PJJ dan 100,000 pelajar yang telah berjaya mengikuti program ini.

Topix Technology

Topix Technology Sdn Bhd ialah sebuah syarikat Malaysia yang menjalankan perniagaan dalam bidang penjualan, perkhidmatan pembaikan dan pembekal produk komputer dan komputer riba di Malaysia.

Syarikat ini memulakan operasi dengan menjalankan perniagaan komputer dan komputer riba serta perkhidmatan pembaikan dan terus berkembang pesat dalam industri ini. Menjual, membaiki dan membekalkan komputer riba dan komputer adalah perkhidmatan utama Topix Technology.

Saipuddin Empire

Saifuddin Empire Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat memproses dan mengedar pau dengan pelbagai variasi inti. Pau Deen merupakan jenama yang tidak asing lagi d pantai timur dengan konsistensi kualiti tiada tandingan.

Diasaskan oleh Encik Wan Mohd Saipuddin Wan Abd Rasid menggunakan resepi rahsia turun temurun menjadi buah mulut masyarakat terutama di kelantan.

Scroll to Top