Pengurusan sumber manusia adalah sekumpulan pekerja dan kakitangan yang berkhidmat dalam sesuatu organisasi.
Ia sangat penting kerana ia salah satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam syarikat atau organisasi.
Sesetengah syarikat memerlukan kerjasama daripada sumber manusia (dari luar) untuk memastikan perniagaan membangun di samping mengekalkan tenaga pekerja yang berkualiti.
Jadi, dalam artikel ini, kami akan kongsikan bersama anda beberapa info penting yang lain mengenai fungsi dan cabaran dalam pengurusan sumber manusia.
Nak tahu lebih lanjut?
Jom baca artikel sampai habis!
4 Fungsi Pengurusan Sumber Manusia
Pengurusan sumber manusia amat penting bagi syarikat; perniagaan kecil mahupun ternama.
Kenapa ia penting?
Sebabnya, setiap perniagaan baik kecil atau ternama mempunyai size pasukan sumber manusia dan cara pengendalian operasi syarikat yang berbeza.
Namun, secara dasarnya, pengurusan sumber manusia yang asas terbahagi kepada 4, iaitu:
-
- Mengambil Pekerja Untuk Tugasan Yang Betul

Jika perniagaan anda masih baru dalam memulakan operasi, terdapat kesilapan yang berlaku ketika pengambilan pekerja.
Kesalahan ini boleh menjejaskan syarikat dan mengakibatkannya di ambang kerugian.
Jadi, bagi mengelakkan masalah yang lebih besar berlaku, sebagai pekerja Human Resource, and perlu ikut langkah-langkah di bawah bagi mengurangkan kesilapan di atas:
-
- Pihak syarikat digalakkan untuk mengiklankan jawatan kosong melalui laman sesawang untuk mencari calon yang sesuai.
-
- Semasa sesi temuduga, anda perlu lihat dengan teliti tingkah laku calon pekerja.
Sediakan soalan yang dapat bantu anda untuk mejangka tindak balas calon seperti prestasi atau faktor tekanan.
-
- Pilih calon pekerja yang berkebolehan dan beradab adalah sangat penting.
Jika pihak atasan syarikat telah mencapai kata sepakat untuk ambil calon tersebut sebagai staf, anda perlu hubungi calon itu.
Jangan lengahkan pengambilan pekerja, ya. Mungkin calon itu yang terbaik dan sesuai untuk company anda!
-
- Membayar Gaji Pekerja

Pengurusan sumber manusia haruslah teliti dan amanah dalam menguruskan hal-hal berkaitan gaji.
Bagi mengelakkan kesilapan dalam pengiraan gaji atau sebagainya, anda digalakkan untuk merekodnya dalam Microsoft Excel. Ia lebih sistematik dan mudah untuk disemak.
Seperkara lagi adalah berkenaan status pekerja. Sebagai contoh, pekerja kontrak, freelancer, dan pekerja tetap mempunyai benefits yang berbeza.
Jadi, hal-hal seperti gaji, komisen, bonus atau overtime tidak boleh dipukul rata bagi kategori pekerja tadi.
-
- Mengekalkan Pekerja Yang Berkebolehan
Mengekalkan pekerja yang berkebolehan adalah sangat mencabar terutamanya bagi perniagaan yang kecil.
Ini disebabkan anda tidak boleh menawarkan gaji yang besar serta pelbagai manfaat kepada pekerja.
Sebagai pengurusan sumber manusia, faktor terpenting adalah menawarkan gaji yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.
Selain itu, anda juga perlu menawarkan insurans kesihatan dan pelan simpanan persaraan.
Jadi, untuk mengekalkan pekerja yang berkebolehan, anda perlu menitikberatkan tentang prestasi kerja mereka.
Anda boleh bertanya secara direct atau dapatkan informasi yang betul daripada pekerja tersebut. Antara perkara yang boleh dinilai adalah daripada segi:
-
- Skop kerja,
-
- Tingkah laku, dan
-
- Produktiviti kerja.
-
- Menguruskan Pemberhentian Pekerja

Sebagai seorang pekerja Human Resource, anda perlu lebih cakna mengenai jenis-jenis pemberhentian pekerja.
Apakah jenis-jenis pemberhentian pekerja?
-
- Pemecatan daripada majikan,
-
- Perletakan jawatan (ada yang sehari, 3 bulan, dan sebagainya),
-
- Pemberhentian kerja secara automatik iaitu apabila tamatnya kontrak pekerjaan.
Cabaran Pengurusan Sumber Manusia
Setiap department pasti ada cabaran yang tersendiri. Tapi, yang ramai tidak tahu adalah cabaran sebagai seorang Human Resource.
Nak tahu apa cabaran sebagai seorang HR?
Kami sediakan jawapan di bawah!
1. Mematuhi Undang-Undang dan Peraturan
Masih banyak syarikat yang memilih untuk mengabaikan undang-undang pekerjaan.
Kebiasaannya, mereka menganggap undang-undang tersebut tidak sesuai diamalkan dalam perniagaan mereka.
Sebenarnya, ini boleh mengakibatkan masalah besar timbul sekiranya ada audit atau tuntutan undang-undang.
Syarikat akan menghadapi masalah yang berat dan ia berisiko ditutup operasi secara mutlak.
Tidak kira saiz perniagaan anda kecil atau besar, adalah sangat penting untuk anda sentiasa mematuhi undang-undang pekerja tempatan, negeri dan persekutuan.
Antara peraturan yang patut dipatuhi adalah pengambilan pekerja, pembayaran upah dan keselamatan di tempat kerja.
2. Pembangunan Kepimpinan
Kebanyakan pekerja dalam pengurusan sumber manusia sangat berpengalaman dan semakin menginjak usia.
Hal ini penting untuk mempunyai pembangunan pemimpin yang berkaliber.
Pengurusan sumber manusia harus mempertimbangkan untuk mempunyai perancangan penggantian yang lebih sistematik dan formal.
Ini membantu untuk melahirkan pemimpin yang lebih proaktif pada masa hadapan.
Perniagaan yang sedang berkembang maju haruslah seiring dengan pembangunan pemimpin untuk menjadi inisiatif utama dalam pengekalan pekerja yang berkualiti.
Antara punca kebanyakan pekerja sering bertukar ke syarikat lain adalah kerana kepimpinan yang lemah.
Hal ini disebabkan, pekerja mahukan pemimpin yang berkaliber dalam menjaga kebajikan dan mampu buat keputusan yang terbaik.
Sebagai contoh, jika syarikat mahu pekerja yang lebih proaktif maka harus melaksanakan program latihan untuk menjadikan pekerja mahir dengan lebih baik.
Malangnya, sesetengah syarikat masih tidak jelas tentang kepentingan pekerja dan mahukan keuntungan dalam jangka masa yang pendek.
3. Perubahan Teknologi
Perubahan teknologi yang semakin canggih dan moden telah memberi kesan kehidupan yang jauh lebih maju dan mengikut peredaran zaman.
Dengan perubahan teknologi yang semakin pesat dari masa ke masa, perniagaan juga merupakan organisasi yang penting dalam memastikan syarikat berkembang secara global.
Setiap perniagaan mesti cepat menyesuaikan diri atau bersedia menghadapi risiko jika ketinggalan dalam dunia yang semakin moden ini.
Pemilik syarikat dan pengurusan harus berani menghadapi cabaran dalam memastikan pekerja mempunyai nilai inovasi dan skill teknologi baru untuk bersaing secara sihat.
Oleh yang demikian, pengurusan sumber manusia sangat penting untuk syarikat terus maju dan berkembang hingga ke peringkat global.
Kebanyakan syarikat memilih untuk menggunakan servis dari pihak ketiga.
Jika anda perlukan perkhidmatan daripada orang ketiga mengenai pengurusan sumber manusia, anda boleh hubungi kami di Bixwealth!

Kami amat komited dalam membantu pemilik-pemilik perniagaan untuk membina strategi seperti pengurusan.
Jangan risau.
Strategi kami amat bersesuaian untuk kedua-dua jenis perniagaan, baik besar mahupun kecil.
Salah satu kelas yang kami anjurkan ialah Bix Academy. Ia ialah sebuah platform yang amat sesuai untuk melatih pemilik-pemilik perniagaan mengenai:
-
- Strategic Planning,
-
- Leadership and Team Development,
-
- Business Management and System,
-
- Marketing, Branding, and Sales, dan
-
- Human Resources.
Bukan itu sahaja!
Kami di Bixwealth sudah berkecimpung dalam bidang ini selama 18 tahun. Jadi, kami memang mahir dan tahu selok-belok berkaitan pengurusan bisnes dan sumber manusia.
Selain itu, konsultan kami adalah amat fleksibel. Ini bermakna anda boleh buat janji temu bersama kami mengikut free time anda!
Dan, yang paling menariknya ialah anda boleh memilih topik coaching berdasarkan masalah kritikal yang dialami di syarikat anda.
Jadi, lagi cepat anda boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Anda mahukan syarikat dan operasi yang lebih smooth berbanding dahulu?
Tunggu apa lagi?
Hubungi kami sekarang juga! Tekan saja pada pautan di bawah ini.