
Ramai usahawan-usahawan di Malaysia hadapi isu-isu
di bawah :
- Susah untuk dapatkan pendedahan strategi terkini
- Tiada idea akan konsep kepimpinan yang berkesan
- Tiada platform yang sangat kukuh untuk bina jaringan kerja (networking)
memperkenalkan
the ceo tribe
The CEO Tribe (TCT) adalah satu program yg melibatkan perkongsian antara pemain industri & ahli akademik yang berkaitan :
- Strategi Perniagaan dari perspektif pihak pengurusan atasan syarikat-syarikat yang berjaya & dari perspektif ahli akademik.
- Kaedah kepimpinan yang berkesan yang dapat memastikan pencapaian Visi syarikat
TCT Juga dianjurkan untuk:
- Membina jaringan Kerja antara Peserta yang terdiri daripada ahli Perniagaan, pemimpin NGO & ahli akademik yang memungkinkan berlakunya sinergi antara mereka.
- Membina jambatan antara pemain industri dengan ahli akademik bagi faedah bersama.

SESI KALI INI AKAN MENAMPILKAN :
1. Tuan Azzim Zahid Azmi, dari syarikat Bulan Bintang Clothing Sdn Bhd. yang membawa syarikat beliau ke puncak kejayaan.
Beliau akan berkongsi berkenaan strategi perniagaan.

2. Prof. Madya Dato. Dr. Wan Ahmad Fauzi, Pensyarah di Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan berkongsi tentang kempimpinan dalam organisasi.
6 nilai yang ANDA akan dapat dengan menyertai program 'THE CEO Tribe'
- Dapat ilmu strategi perniagaan dari perkongsian pemimpin syarikat lain
- Memahami fasa-fasa dalam mengembangkan syarikat
- Bina asas yang kukuh untuk pemimpin masa hadapan (next leaders)
- Ubah pemikiran bisnes cara kampung kepada cara korporat
- Membina jaringan kerja (networking) dengan usahawan-usahawan yang berjaya
- Dapat idea baru yang boleh membantu untuk mengukuhkan perniagaan atau menyelesaikan masalah
'Kisah Kejayaan bersama BIX'
Tonton kisah kejayaan jenama besar di Malaysia yang dibimbing oleh Bix
Industri : Makanan
“Saya capai jualan RM 1 Juta pertama bersama dengan Bix dan berjaya tambah 1 shoplot dan buka satu kilang besar”
Bukan sahaja berjaya capai jualan tetapi capai dengan sistem yang betul dan tersusun.
Saipudin Rasid, CEO Pau Deen Empire Sdn. Bhd.
Industri : Latihan & Konsultansi
Saya seorang observant kepada provider solution diluar sana. Bagi saya, apa yang bix bagi ni adalah complete module untuk setiap IKS mahupun SME
Jazli Izzudin, CEO EJC Dynamics Sdn. Bhd.
Industri : Servis Professional
Bix banyak menyusun semula kerja kerja pengurusan, pengukuran dan service dari syarikat dengan memastikan pengurusan data berada di tempat yang betul. Banyak tugasan kini lebih mudah untuk dilaksana dan team lebih faham susun atur kerja.
Mohd Faiz, CEO Juruukur Mahabob
Pernah terfikir bagaimana syarikat 'HOLDING' yang mempunyai rangkaian anak syarikat dapat beroperasi secara sistematik ?
Pernahkah kita terfikir bagaimana Google atau Apple boleh dan mampu mengawal lebih ratusan ribu pekerja dengan perkembangan pada skala yang sangat besar ?
Ini adalah perkara yang sangat penting dalam pembinaan syarikat yang berkesan, berdaya saing dan kekal releven di dalam pasaran.
Bagaimana syarikat holding ini boleh berkembang ?
Faktor utama kejayaan ini adalah kerana pengurusan yang strategik dan pembinaan sistem bisnes yang kukuh.
Dalam program Sharing THE CEO TRIBE SIRI 2, bersama sama tetamu jemputan Dato Dr. Wan Ahmad Fauzi dan Founder Bulan Bintang
Kami akan ceritakan rahsia bagaimana untuk membina sistem bisnes yang berkesan dan bersistematik yang juga mampu menyokong pertumbuhan pemimpin masa depan di syarikat anda.

Kami menjemput semua usahawan tidak kira baru bermula atau inginkan ‘perubahan baru’ ke dalam bisnes mereka untuk sertai program DUA HALA antara ‘industry player’ & ‘academician’
Tempat : Dewan Astaka 1, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang
Tarikh : 4 June 2022
Waktu : 9 Pagi – 4:30 Petang
Jika anda merasakan isu membangun organisasi dan syarikat adalah satu perkara yang kritikal kepada kejayaan anda di masa hadapan…
Temui Kami di dalam Program Sharing - The CEO Tribe Siri 2
Dapatkan seat anda sebelum terlambat, Seat untuk The CEO Tribe :
Bonus percuma yang bakal anda dapat sekiranya join program kali ni
BONUS #1 – Template Sumber Manusia yang bernilai RM1432 “
BONUS #2 – Dapat membina networking dengan founder-founder syarikat ternama”
BONUS #3 – anda faham dan mampu apply sistem bisnes yang lebih kukuh untuk membina syarikat anda.
Siri kedua ini “terhad kepada 100 orang sahaja” Pendaftaran akan ditutup sehingga 1 June 2022.
'Apa kata mereka yang telah join Siri Pertama'
“Buat pertama kali saya join program ni, apa yang saya dapat adalah bisnes kena ada structure yang betul. Selain itu, dapat bernetworking dengan rakan rakan bisnes dalam program ini.”
Dr. Nasiha Sakina, Klink Gigi DentSmile
“Saya join TCT ni sebab nak belajar strukturkan balik sekolah tadika, setelah saya berkenalan lebih dekat dengan Bix, sy sangat recommend, sebab banyak manfaat untuk bina organisasi supaya lebih sistematik dan teratur..insyaAllah”
Puan Nor Ayuhan CEO Asy Syifaa Resources
“Sepatutnya semua orang baru nak berniaga, kita nampak detailing dia datang sini dulu belajar asas bina struktur yang mampu support bisnes untuk grow”
Mohd Hafiz, Perniagaan CCTV dan telekomunikasi
Siapa Bix Wealth ?

Bix Wealth merupakan salah satu dari 12 anak syarikat kepada Wealth Group Capital Sdn. Bhd. (WGC) yang beroperasi di Terengganu.
Konsultan kami terdiri dari pengurusan atasan WGC yang berpengalaman lebih 18 tahun dalam 9 jenis industri bisnes seperti bisnes servis, FMCG, F&B, peruncitan, latihan& konsultansi, online trading dan pengilangan.
Bix komited dan fokus untuk ‘transform’ bisnes bisnes SME ke arah yang lebih sistematik & teratur untuk pertumbuhan bisnes yang ‘sustainable’.
The CEO Tribe (TCT) adalah satu program perkongsian yang berprestij berkisarkan soal kepimpinan dan strategi yang melibat para pemimpin dalam perniagaan NGO, GLC & termasuklah ahli akademik daripada IPT di Malaysia. Dengan perhimpunan pemimpin pemimpin ini juga dapat membina hubungan atau jaringan kerja yang akan membolehkan berlakunya sinergi untuk perkembangan & organisasi masing – masing
Program ini sangat sesuai untuk pemimpin syarikat/GLC/NGO yang terdiri daripa CEO, COO, CFO dan pengurus pengurus.
Program ini juga akan melibatkan para ahli akademik daripada IPT di Malaysia termasuklah para pelajar yang sedang mengikuti program PhD atau Master.
The Ceo Tribe akan menjadi satu platform membincangkan isu isu yang berkisar soal kepimpinan dan strategi dari perspektif pemain industri dan perspektif ahli akademik yang membolehkan para peserta TCT mencari solusi terbaik yang berkaitan dengan kepimpinan dan strategi bagi organisasi mereka.
Program ini juga sangat penting untuk membina satu jambatan atau jaringan kerja di kalangan ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang perniagaan dari pelbagai industri termasuklah mereka yang mempunyai latar belakang pengurusan NGO dan ahli akademik.