Khas untuk Peruncit / Bakal peruncit Seluruh Malaysia

Gabungan Pakar Peruncitan & Pakar Pengurusan yang Berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri.
Membongkar Rahsia bagaimana memulakan Bisnes peruncitan dengan BERSTRATEGI.
Jana jualan Tinggi dengan ILMU PERANCANGAN & PENGURUSAN peruncitan yang betul.
Adakah Anda menghadapi SITUASI ini?
- Tak tahu Langkah yang betul untuk memulakan perniagaan peruncitan
- Keliru dengan konsep kedai sendiri
- Tak Tahu Taktik & Strategi Perniagaan Runcit
- Tak tahu macam mana nak uruskan kewangan
- Tak mahir BERUNDING dengan PEMBEKAL
- Tak tahu nak bina SOP untuk operasi kedai
Jika ‘Ya’ maka anda PASTI akan mengalami
masalah-masalah di bawah:
- Salah pilih konsep kedai
- Jual produk yang tak sesuai dengan sasaran pelanggan hingga banyak stok luput tarikh
- Pengurusan terabur hingga Pelanggan mempunyai PERSEPSI NEGATIF terhadap kedai anda
- Jualan rendah hingga tak dapat tampung ‘OVERHEAD’
- Jualan masuk , tapi tak tahu ke mana perginya duit
- Sentiasa tak cukup tunai untuk bayar pembekal
- Terpaksa guna duit poket sendiri untuk beli stok
- Berlaku ‘kehilangan’ stok hingga merugikan bisnes
Apa kesan dari masalah-masalah tu?
Anda akan mengalami KERUGIAN hingga kedai mungkin terpaksa DITUTUP… kos ‘SET UP’ kedai BERATUS RIBU RINGGIT akhirnya LEBUR…
KENAPA INI BERLAKU ?
Kerana ANDA tidak BELAJAR ILMU PERUNCITAN yang BETUL dari segi STRATEGI, TAKTIK & PENGURUSAN…
Kat mana nak BELAJAR ILMU PERUNCITAN ni?
Disebabkan di Malaysia TIADA seminar yang MENGAJAR berdasarkan ILMU yang PRAKTIKAL bagaimana MEMULAKAN bisnes PERUNCITAN
secara LENGKAP, maka kami
ANJURKAN seminar ini KHAS untuk anda

Apa yang akan dikongsikan dalam seminar ini?
Ada 17 TAJUK semua sekali yang akan dikongsikan dalam masa 2 hari tersebut
Antara INTIPATI STRATEGI & TAKTIK peruncitan adalah seperti berikut:
- Strategi berurusan dengan pembekal
- Strategi ‘TRAFFIC FLOW’ dalam ilmu TROLLEYOLOGY
- Kaedah PERAGAAN PRODUK di rak menurut PRINSIP 4K
- Pemilihan produk yang SESUAI untuk dijual dalam kedai
- Strategi PENGURUSAN TUNAI
SKOP PERUNCITAN dalam SEMINAR ini
- Secara ASASNYA, seminar ini berkisar perniagaan PERUNCITAN BARANGAN KEPERLUAN
- Mencakupi KEDAI RUNCIT KECIL, MINI MART & SUPERMARKET.
Siapa yang MESTI sertai seminar ini?
- Mereka yang berniat ATAU baru nak bermula dalam perniagaan runcit.
- Usahawan yang sudah ada kedai yang mahu tambah lagi ILMU dari segi strategi & pengurusan yang betul
CEO, Pengurus atau eksekutif dalam bidang peruncitan.
Perincian Seminar
- Tajuk : Seminar Strategi & Taktik Bisnes Peruncitan
- Tarikh : 22 – 23 Okt. 2022
- Hari : Sabtu – Ahad
- Tempat : Bilik Seminar Rezeki Ilham Marketing Sdn. Bhd. Setia Alam, Selangor D.E
Berapa KOS PELABURAN
untuk seminar ini?
RM1,500 SAHAJA
untuk seminar yang PADAT dengan ILMU.
Apa yang anda akan dapat dengan PELABURAN ini?
1. Sesi perkongsian yang REALISTIK & PRAKTIKAL daripada 2 orang coach yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri.
2. Nota seminar & format (template) dokumen cth: SOP, Borang-borang dsb.
3. Bimbingan selama 2 bulan dalam ‘Wasap Group’ selepas seminar.
4. Makan & Minum tengahari DISEDIAKAN.
BERKENALAN DENGAN
COACH ANDA !

Coach Idahar merupakan Pemegang Ijazah Berganda dalam Syariah & Undang-undang Sivil dari Universiti Islam Antarabangsa kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WGC yang menyelia lapan anak syarikat terutamanya dalam aspek Penggubalan Strategi, Pelaksanaan Strategi dan Penilaian Strategi.
Beliau pernah menjadi Peguambela dan Peguamcara di kedua-dua mahkamah, Sivil & Syariah dan mula menyertai dunia korporat apabila berkhidmat sebagai Sumber Manusia, Pentadbir & Pegawai Undang-undang di Zara Group Of Companies di Johor Bahru.
Disebabkan prestasi cemerlang dan pemikiran strategiknya, beliau telah dilantik sebagai HR, Admin & Pengurus Undang-undang pada usia yang agak muda.
Beliau juga pernah bekerja dengan sebuah syarikat multinasional iaitu KANEKA Group of Companies di Kuantan Pahang sebagai Senior HR & Legal Executive dan pelbagai jawatan lain di syarikat lain untuk menamakan beberapa KUIPSAS sebagai Pensyarah Undang-undang dan Pengurus Korporat & HR di UMP Advanced Education Sdn. Bhd. (anak syarikat kepada Universiti Malaysia Pahang).
Sebagai Pengurus Korporat di UMP Advanced, beliau telah diamanahkan oleh pihak pengurusan untuk merangka, memantau & menilai prestasi KPI semua jabatan.
Beliau mendapat banyak pendedahan perniagaan apabila menyertai syarikat pemasaran multinasional di Kuala Lumpur. Pendedahan itu membolehkan beliau belajar dan mendapat latihan praktikal mengenai kaedah dan strategi Pemasaran, Penjenamaan & jualan yang berkesan dan sistematik.
Dilengkapi dengan ilmu Pengurusan, Pemasaran & Brading, beliau pernah dijemput untuk berunding dengan pelbagai organisasi perniagaan atau bukan untung dari segi Business Strategy & Management contohnya beliau dilantik sebagai perunding untuk mencipta HR & Operation System untuk sebuah syarikat Telekomunikasi yang telah dilantik sebagai Pengedar Eksklusif U-Mobile untuk Sarawak.
Sejak itu dan sehingga kini, beliau mendedikasikan sebahagian masa profesionalnya sebagai perunding perniagaan, pengurusan & kepimpinan, melatih & merunding pelbagai perniagaan dari industri yang berbeza dan sebagainya.

Coach SYED AHMAD RIFA'I adalah seorang Pemegang IJAZAH PENGURUSAN PERUNCITAN (Retail Management) daripada OUM dan beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 20 TAHUN dalam BIDANG PERUNCITAN dan FMCG dengan syarikat-syarikat ternama yang mempraktikkan STRATEGI-STRATEGI PERUNCITAN yang sangat berkesan serta mempunyai sistem PENGURUSAN yang kukuh.
Kerjaya awal beliau dalam bidang peruncitan bermula di 7-ELEVEN MALAYSIA SDN. BHD. sebagai Pembantu Pegawai (Assistant Officer) bahagian jualan hinggalah dinaikkan ke gred Pegawai dalam skop yang sama. Setahun selepas itu, hasil keberkesanan dan kecekapan, beliau telah dinaikkan lagi ke gred Pegawai Kanan dalam skop kerja yang sama dan 2 tahun kemudiannya sekali lagi gred beliau dinaikkan ke level Eksekutif.
Demi perkembangan kerjaya beliau, sesuai dengan bakat yang ada, pada tahun 2013, beliau kemudian berpindah ke AEON CO. (M) BHD. sebagai Eksekutif Kanan Pembelian (Buyer / Merchandiser). Melihat kepada bakat beliau yang sangat menyerlah, beliau kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Kategori (Category Manager) di pasaraya Aeon Big selama lebih 3 tahun.
Seiring dengan aktiviti pengecilan organisasi (downsizing activities) di Aeon Big, Coach Syed telah meletakkan jawatan di Aeon Big tetapi sejurus selepas itu terus di panggil untuk menjawat jawatan sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan (Business Development Manager) di sebuah syarikat yang ingin membina kedai konsep dengan jenama BINWAHARP GROCER sebelum menyertai pasaraya VILLAGE GROCER HOLDING SDN. BHD. sebagai Pembantu Pengurus Kategori (Assistant Category Manager) bahagian sejuk beku.
Apabila satu kemalangan berlaku kepada isteri beliau, beliau terpaksa meletakkan jawatan di Village Grocer untuk menjaga isteri beliau dalam satu tempoh masa tertentu. Apabila isteri beliau pulih, beliau kembali beraksi di pentas PERUNCITAN dengan menyertai ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN. BHD. (ADABI) sebagai Pengurus Pemasaran Dagangan (Trade Marketing Manager) selama lebih kurang 3 tahun 10 bulan.
Oleh kerana sudah lama tinggal di Kuala Lumpur yang sesak dengan hiruk pikuk kotaraya, beliau ingin mencari ketenangan dengan memulakan kerjaya di Pantai Timur. Niat tersebut akhirnya membawa rezeki kepada beliau apabila dijemput untuk menjadi Pengurus Besar (GM) kepada sebuah pasaraya Coopmart di Kuantan, Pahang yang mempunyai 14 buah cawangan. Sekarang, beliau beraspirasi untuk mencurahkan ilmu dan pengalaman yang beliau peroleh dalam bidang peruncitan terutamanya kepada usahawan-usahawan dalam bidang ini dengan menjadi konsultan sepenuh masa.
Antara pencapaian Coach Syed Ahmad :
Berjaya menambah bilangan campuran produk (product assortment) di 7 Eleven yang mana akhirnya meningkatkan jualan serta untung bersih kedai.
Berjaya mengembangkan segmen baharu di bahagian Kategori Penyediaan Makanan (Food Service Category) di 7Eleven dan berjaya merundingcara untuk mendapatkan usahasama dengan Mighty White Bakery, Etika Sdn. Bhd. dan Setup Food Service Concept Outlet).
Membuka kedai baharu iaitu Maxvalu Supermarket di Gamuda Walk, Kota Kemuning in Shah Alam, Selangor pada 17/12/2014.
Mengembangkan projek pembekalan pastry sejuk beku ke 2 kedai (Village Grocer Sunway Giza & Village Grocer Subang Jaya) to another hinggalah ke 5 lain dalam tempoh 5 bulan (Village Grocer Mount Kiara, Village Grocer My Town, Village Grocer Avenue K, Village Pantry Bangsar dan Village Grocer KL Gateway).
di Aeon Big, beliau pernah terlibat dalam membina konsep dan pelan perniagaan untuk Dapur Berpusat (Central Kitchen) untuk produk sushi dan ‘Japanese bento’ di Subang yang mana produk yang dikeluarkan oleh Dapur Berpusat tersebut diedarkan ke semua premis perniagaan Aeon Big.
Berjaya melaksanakan projek pembinaan (setting up) Binwaharp's Grocer di Saujana Utama dan berjaya dapatkan dana daripada Bank Muamalat sebanyak RM4.5 juta untuk pengembangan kedai) untuk pasaraya tersebut.
Berjaya melaksanakan projek penyediaan (pembinaan) Village Pantry di Bangsar, semasa di Village Grocer dengan bekerja secara rapat dengan pembekal untuk perkenalkan konsep F&B (makanan & minuman) dalam premis Village Grocer.
Membina (setup) premis (outlet) baharu untuk Village Grocer seperti Village Grocer di Melawati Mall, Plaza Arkadia dan Bangsar South.
Meningkatkan jualan produk kategori dingin & sejuk beku dengan cara mencipta pendapatan lain daripada pembekal, membawa lebih banyak jenis / campuran produk yang laju dalam pasaran.
Berjaya mengurangkan hutang Pusat Agihan (Distribution Centre) sebuah pasaraya dari RM1.2 juta kepada RM80,000 sahaja.
Berjaya meningkatkan pendapatan & keuntungan pasaraya Coopmart dengan mengukuhkan bahagian pengurusan, mendapatkan produk campuran yang laju dalam pasaran, mencipta ‘Buying Income’ daripada pembekal melalui pengwujudan Terma Dagangan (Trading Term) dengan membuat transisi pasaraya dari konsep Dagangan Umum / Tradisional (General Trade) kepada Modern Trade (Dagangan Moden).
Seminar seperti ini JULUNG-JULUNG kali diadakan di MALAYSIA. Jangan LAMBAT & JANGAN KETINGGALAN.
APA KATA MEREKA ALUMNI
TRAINING COACH IDAHAR
Antara Program Bix Cetuskan antara Pemain Industri dan 'Academician'
THE CEO TRIBE BY BIX ACADEMY !
Jadi 50 Terawal ! RM 1500 RM 988
Seminar seperti ini JULUNG-JULUNG kali diadakan di MALAYSIA. Jangan LAMBAT & JANGAN KETINGGALAN.
HANYA 100 SEAT SAHAJA !
BONUS UNTUK 50 ORANG
TERAWAL SAHAJA !
INDIVIDU :
Harga Ticket Early Bird RM 988 Sahaja !
Normal Price RM 1500
Early Bird Price RM 988
---------------------------GROUP
RM 899/pax untuk Early Bird Group (max 3 pax)
988/Pax untuk Group (max 3 pax)
Pilih Pakej Anda Dibawah Sekarang !


